Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak Sukan SEA: Malaysia jumpa Vietnam dalam Kumpulan B

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-muda.jpg
Skuad B-23 negara diundi untuk bertemu Vietnam dan Laos dalam saingan Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA 2025 di Thailand hujung tahun ini.

Peringkat kumpulan Sukan SEA akan dilangsungkan di tiga venue berbeza, iaitu Stadium Rajamangala (Bangkok). Stadium 700th Anniversary (Chiang Mai) dan Stadium Tinsulanon (Songkhla) bermula 3 Disember depan.

Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah, Thailand, selain Kemboja dan Timor Leste.

Dalam saingan Kumpulan C, pasukan pilihan, Indonesia, akan menghadapi tentangan Myanmar, Filipina dan Singapura.

Sebagai rekod, kali terakhir Harimau Muda memenangi pingat emas Sukan SEA ialah ketika mempertahankan kejuaraan dalam edisi di Jakarta pada 2011.

Sementara itu, skuad wanita negara pula diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Myanmar dan Filipina.

Satu lagi kumpulan pula melibatkan Thailand, Kemboja, Singapura dan Indonesia.

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video