Juara Liga Wanita Nasional (LWN), Sabah, berjaya menempah slot ke play-off Liga Juara-juara Wanita AFC yang akan berlangsung Ogos ini.
Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman Facebook menyatakan pasukan Sabah berhasil melayakkan diri ke kejohanan terulung itu.
Lebih manis, ini merupakan kali pertama pertandingan itu ditubuhkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan pasukan wanita itu menjadi wakil tunggal negara pertama membawa cabaran tersebut ke pentas Asia.
Sabah akan berentap bersama 14 pasukan lain untuk merebut pusingan seterusnya yang akan berdepan pasukan ranking lebih tinggi.
Selamat maju jaya pasukan bola sepak wanita Sabah!