Malam penuh emosi buat bola sepak tanah air di sebalik kemenangan juara 11 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), mempertahankan gelaran Unifi Piala Malaysia sebanyak tiga kali sejak 2022.
Ini kerana, status penyertaan naib juara, Sri Pahang, dalam kancah tempatan masih menjadi tanda tanya.
Lebih pahit, persoalan itu ternyata bukan gimik apabila Pemilik Sri Pahang,Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, memberi penghormatan terakhir kepada penyokong negeri itu usai perlawanan tamat.
Tengku Muda Pahang juga kelihatan sebak seperti mengenangkan sejarah hebat pasukan dari pantai timur itu yang sudah mencecah usia 66 tahun.
Lensa peminat seakan terharu tatkala menyaksikan baginda turut diiringi bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali gus menolak sentimen permusuhan dua pasukan.
"Tahun depan, saya minta undur diri," ujar baginda ringkas.
Difahamkan, skuad Tok Gajah bakal menarik diri daripada Liga Super musim depan kerana isu kewangan.