Skip to main content

Bola Sepak

Bola sepak: Indonesia sasar main Piala Dunia 2038

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia.jpg
Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) mengumumkan pelan jangka masa panjang menjelang tahun 2045 yang menjadi detik emas buat seluruh pasukan bola sepak kebangsaan mereka.

Bersempana kemerdekaan negara itu yang ke-100, PSSI menetapkan sasaran bertaraf tinggi bagi meningkatkan sistem dan memperbaharui hala tuju bola sepak Indonesia supaya lebih ke hadapan.

Apa yang mencuri tumpuan, Sang Garuda menyasarkan 2038 sebagai tahun mereka berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia dengan harapan skuad bawah 23 tahun (B23) terlebih dahulu mara ke Sukan Olimpik 2036.

Itulah hasrat utama yang dikemukakan Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, yang terus mengangkat martabat bola sepak Indonesia.

 

Ketika ini, skuad kendalian Patrick Kluivert berada di landasan terbaik untuk mengorak langkah ke Piala Dunia 2026 selepas prestasi yang menakjubkan. 

Peluang masih terbuka tatkala pasukan di ranking ke-127 dunia di tempat ketiga dalam Kumpulan C pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. 

Australia dan Bahrain akan menjadi lawan mereka Mac ini bagi menentukan kedudukan seterusnya.

Advertisement

Must Watch Video