Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak 7's Asia: Malaysia tewas kepada Filipina dalam aksi kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

7s-malaysia.jpg
Pasukan bola sepak 7's Malaysia terlepas peluang untuk meraih kemenangan kedua apabila tewas kepada Filipina dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak 7's Asia di EV Arena Elimina, Shah Alam, sebentar tadi.

Malaysia ketinggalan 3-2 selepas 40 minit waktu permainan sebelum memasuki comeback period, menyaksikan Malaysia memerlukan dua gol untuk memastikan kemenangan. 

Abdul Manaf Mamat berjaya mendapatkan gol penyamaan buat Malaysia sebelum permainan terpaksa diputuskan menyaksikan situasi dua lawan dua menyebelahi Filipina yang dinoktahkan kemenangan menerusi Stephan Schrock.



 

Advertisement

Must Watch Video