Pasukan bola sepak 7's Malaysia terlepas peluang untuk meraih kemenangan kedua apabila tewas kepada Filipina dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak 7's Asia di EV Arena Elimina, Shah Alam, sebentar tadi.
Malaysia ketinggalan 3-2 selepas 40 minit waktu permainan sebelum memasuki comeback period, menyaksikan Malaysia memerlukan dua gol untuk memastikan kemenangan.
Abdul Manaf Mamat berjaya mendapatkan gol penyamaan buat Malaysia sebelum permainan terpaksa diputuskan menyaksikan situasi dua lawan dua menyebelahi Filipina yang dinoktahkan kemenangan menerusi Stephan Schrock.
Ammar Hakim
Thu Oct 10 2024