Ia berdasarkan prestasinya membawa skuad Ibu Kota itu menamatkan penantian 32 tahun kejuaraan Piala Malaysia bulan lalu.
Kedudukan Cheng Hoe kelihatan terancam selepas kegagalan skuad negara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF di Singapura.
Pada ketika namanya disebut-sebut untuk mengisi kerusi panas itu, Hodak berkata perkara itu merupakan sesuatu yang wajar berdasarkan pengalamannya dalam kancah bola sepak tempatan, termasuk sewaktu di bawah seliaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Bekas ketua jurulatih skuad B-19 tahun negara itu berkata kepada Nadi Arena: "Saya tidak fikir ia sesuatu yang mengejutkan kerana saya memiliki musim yang baik bersama KL City dan pada akhirnya, saya juga pernah bekerja dalam skuad B-20 selain beberapa kelab di sini.
"Jadi, saya tidak fikir ada sesiapa di wilayah ini memiliki kejayaan bersama pelbagai kelab seperti saya.
"Ia satu perkara biasa, jadi ia tidak mengejutkan," katanya.
Dalam masa sama, Hodak sedia berbincang seandainya spekulasi itu beralih ke fasa yang lebih serius.
Tambahnya, dia cukup mengenali dan memahami sistem dalam FAM selain ia juga merupakan impiannya untuk mengendalikan sebuah pasukan kebangsaan.
"Ia mungkin berlaku tetapi ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana Malaysia masih mempunyai ketua jurulatih. Tan Cheng Hoe masih berada di sana.
"Masih banyak perkara yang akan berlaku, jadi ia masih terlalu awal untuk diperkatakan.
"Secara normalnya, jawatan ketua jurulatih merupakan jawatan tertinggi buat setiap orang tetapi bukan saya yang akan menentukannya," katanya lagi.
Jurulatih @KLCityFootball , Bojan Hodak akui tidak 'terkejut' dikaitkan sebagai pengganti jurulatih skuad Malaysia, Tan Cheng Hoe. Bojan juga percaya bahawa dia faham tentang bagaimana FAM berfungsi. pic.twitter.com/EGgrj0xSL5
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 23, 2021