Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Birmingham City kembali ke Liga Kejuaraan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

birminghamcity.jpg
Peminat Birmingham City mana suaranya! 

Tahniah diucapkan buat calon pasukan yang bakal merebut slot ke saingan Liga Perdana Inggeris 2026/2027 — Birmingham City, susulan kejayaan mengesahkan tempat ke Liga Kejuaraan musim depan biarpun berbaki enam perlawanan liga lagi.

Kejayaan itu terukir selepas mereka berjaya memenangi perlawanan berdepan Peterborough United di Stadium ABAX menerusi keputusan 2-1.

 

Dan hasil tiga mata penuh yang diraih mereka menyaksikan Birmingham City kini mengungguli takhta liga dan berpotensi untuk muncul juara dengan syarat wajib menang dalam aksi ke-41 liga berdepan Crawley Town pada pertengahan April ini.

Untuk rekod, pasukan yang berpangkalan di St. Andrews ini pernah beraksi dalam pentas tertinggi EPL pada musim 2010/2011 sebelum tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan untuk 13 musim berturut-turut dan pada edisi lalu, mereka diturunkan ke saingan Liga Satu EFL susulan tamat di kedudukan tiga tercorot Liga Kejuaraan.

Tahniah Birmingham City!

Advertisement

Must Watch Video