Skip to main content

Bola Sepak

Bintang Vietnam ulas berkenaan isu FIFA-FAM, 7 pemain digantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vietnam.jpg
Pemain kebangsaan Vietnam, Bui Tien Dung dan Nguyen Quang Hai berkongsi pandangan mereka mengenai penggantungan tujuh pemain Harimau Malaya termasuk denda kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini. 

Menerusi portal tempatan Vietnam, kedua-dua tonggak itu meluahkan pendapat peribadi, sambil menegaskan bahawa FIFA bertindak dengan wajar dan menuntut penjelasan terbaik dari Malaysia. 

Sudah pasti, kemenangan besar 4-0 skuad kendalian Peter Cklamovski memberi impak negatif kepada Naga Emas dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di Bukit Jalil, Jun lalu. 

Dan, hukuman daripada badan induk dunia itu telah menjadi topik hangat rantau ini. 

"Keputusan FIFA untuk membenarkan FAM adalah betul, kerana sudah pasti FIFA menjalankan siasatan menyeluruh sebelum menjatuhkan hukuman. 

 

"Tetapi saya tidak pasti sama ada kami akan diberikan kemenangan.

"Ketika aksi berlangsung, Malaysia menunjukkan peningkatan ketara kerana tiba-tiba membawa masuk beberapa pemain asing baharu dari Eropah.

"Kini ternyata penaturalisasian itu tidak sah. Sejujurnya, ini tidak membantu pembangunan bola sepak Asia Tenggara (ASEAN). 

"Saya tidak tahu bagaimana Malaysia akan membuat rayuan atau jika mereka boleh membatalkan keputusan FIFA," kata Bui Tien Dung.

"Sejujurnya, saya tidak tahu sama ada FAM boleh berjaya dalam rayuan, atau jika Vietnam akan diberikan kemenangan. 

"Secara umumnya, kita hanya perlu tunggu dan lihat. Buat masa ini, saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai keputusan FIFA," kata Nguyen Quang Hai.

Terdahulu, bintang warisan negara, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA (kerana pelanggaran Tatatertib FIFA2) berhubung isu dokumentasi.

Ada yang mengutarakan persoalan adakah keputusan perlawanan yang memainkan pemain-pemain itu sebelum diketahui status sebenar akan bertukar dan menjadi sebaliknya seperti tidak dikira atau diberi kemenangan percuma kepada pihak lawan? Itu belum diputuskan lagi secara terang dan masih menunggu pengesahan rasmi.

FAM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa badan induk itu sedang menunggu keputusan penuh daripada FIFA sebelum mengemukakan rayuan.

Menerusi kenyataan setiausaha agungnya, Datuk Noor Azman Rahman, FAM mengakui ada kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen oleh kakitangan pentadbiran.
 
Harimau Malaya

Bangga Bersama Malaysia

Malaysia layak ke Piala Asia — masa untuk kita semua pakai Harimau Malaya jersey & raikan semangat negara.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video