Bintang muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili, sedia berkelana ke luar negara andai mendapat tawaran mana-mana pasukan ketika pemain berusia 21 tahun itu dikaitkan ke Liga Thailand.
Menerusi perkongsian bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, Ubaidullah yang juga finalis pemain muda terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024/25 mengakui beraksi di luar negara adalah impiannya sejak kecil.
Anak jati Kelantan itu dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri jika menerima tawaran kelab di negara itu kerana mampu bertutur dalam bahasa Thai.
Untuk rekod, Ubaidullah yang boleh bermain sebagai pertahanan tengah dan kiri ini merekodkan 35 penampilan, dua gol dan dua bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk piala shopee musim 2024/25.