Penyerang kelab legenda Manchester United, Joshua Zirkzee merekodkan peningkatan prestasi yang positif dalam kariernya sebagai penyerang Belanda dengan gol pembukaan pada minit ke-13 menentang Bosnia-Herzegovina dalam kempen Liga Negara-Negara.

Pemain berusia 23 tahun itu turut membuat bantuan jaringan yang sekaligus membawa pasukannya berpesta gol selepas mencatatkan kemenangan cemerlang 5-2 ke atas Bosnia-Herzegovina.




Corak permainan yang dirangka Ronald Koeman itu berjaya diterjemahkan dalam bentuk tandukan yang menerpa gawang gol Nikola Vasilj bagi meletakkan Belanda di hadapan sebelum gol penyamaan disempurnakan Ermedin Demirovic berselang 13 minit kemudian.



Zirkzee menjadi pemain keempat selepas Klaas Jan Huntelaar, Bas Dost dan Vincent Janssen untuk menyumbangkan gol dan bantuan jaringan dalam aksi debut pertama bersama Belanda.