Skip to main content

Bola Sepak

Bintang EPL, Leicester City mengamuk dengan Singapura

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fas.jpg
Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu. 

Ini selepas bintang warisan terbaharu Bangladesh itu gagal membantu negaranya meraih kemenangan berdepan wakil Asia Tenggara (ASEAN) itu meskipun bermain di tempat sendiri. 

Aksi Kumpulan C itu menyaksikan Singapura berhasil mendapatkan kemenangan sulung dan menduduki tempat pertama sambil berkongsi mata dengan pencabar, Hong Kong. 

 

Dalam permainan itu, Song Ui-young dan Ikhsan Fandi menjadi tunjang utama skuad kendalian Tsutomu Ogura mencipta kejutan mengatasi tuan rumah.

Selepas tamat permainan, tonggak Leicester City itu seakan tidak berpuas hati dengan pemain Singapura dan cuba memprovokasi, namun ditenangkan bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Hariss Harun. 

Advertisement

Must Watch Video