Skip to main content

Bola Sepak

Bintang Chelsea, Palmer pilih karier berbanding kahwini 'awek'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

palmer.jpg
Difahamkan, bintang sensasi Chelsea, Cole Palmer, memutuskan ikatan hubungan bersama teman wanitanya, Connie Grace, namun tidak diberitahu sebab khusus kepada perkara tersebut.

Ini menimbulkan spekulasi selepas pemain berusia 23 tahun itu berhenti mengikuti (follow) satu sama lain di media sosial dan peminat mula menimbulkan persoalan tentan apakah yang berlaku.

Tonggak kebangsaan England itu juga telah memadam semua gambarnya bersama Connie Grace daripada akaun Instangramnya. 

 

Isu itu hadir selepas Palmer merangkul kejuaraan Piala Dunia Kelab sejurus melawat kampung halaman sebelah atuknya buat kali pertama sepanjang hidupnya.

Ketika menjulang piala berprestij itu, Grace juga berada di Amerika Syarikat (AS) untuk menyambut kemenangan tersebut di Stadium MetLife.

Menurut laporan media, percintaan Palmer dan Grace sudah memasuki 11 bulan.

Daripada berita antarabangsa, dilaporkan bahawa Palmer enggan mengahwini  Grace kerana mehu mengembangkan kariernya yang masih muda.

Dia menjaringkan 18 gol dan memberikan 14 bantuan jaringan dalam semua pertandingan, menjaringkan 15 dan membantu sembilan gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), ketika Chelsea layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.

Advertisement

Must Watch Video