Skip to main content

Bola Sepak

Bintang baru EPL sebaris bekas pertahanan Selangor

uzbekistan.jpg
Bekas pertahanan tinggi lampai Selangor, Umarbek Eshmurodov, sekali lagi dipanggil mewakili negara kelahirannya, Uzbekistan, dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menghadapi dua lawan dalam Kumpulan A, baru-baru ini.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan tonggak penting Uzbekistan meraih keputusan seri 2-2 berdepan Iran.

Apa yang mencuri tumpuan ialah, rakan sepasukannya yang beraksi bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, menjadi watak utama pasukan di ranking ke-58 itu. 

Abdukodir Khusanov diumumkan sebagai pemain pertama dari negara itu berkelana di EPL pada usia yang sangat muda.

Barisan pertahanan yang diturunkan menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia yang menyaksikan gandingan dua pemain yang dikenali itu. 

Eshmurodov tidak menyambung kontraknya bersama The Red Giants dan menyertai FC Nasaf, awal tahun ini.

Skuad kendalian Timur Kapadze berjaya mendapatkan empat mata berharga dan menduduki tempat kedua kumpulan selain berpeluang cerah mengikut jejak langkah Iran untuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun depan.

Advertisement

Must Watch Video