WC QUALIFYING
Bimbang penularan wabak streptococcus: Korea Utara sekat Jepun ke Pyongyang
Jepun dijangka diberikan mata penuh selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia dengan Korea Utara di Pyongyang Selasa ini tidak dapat dilangsungkan.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa perlawanan itu terpaksa dibatalkan sambil Presiden Persatuan Bolasepak Jepun, Kozo Tashima, menjelaskan mereka tidak akan ke Korea Utara sejurus selepas menewaskan Korea Utara 1-0 di Tokyo, Selasa lalu.
Korea Utara -- yang meraih satu kemenangan Kumpulan B dengan membelasah Myanmar 6-1 -- dilaporkan bimbang dengan penularan penyakit berjangkit di Jepun yang merujuk kepada peningkatan kes jangkitan 'streptococcus'.
Persatuan Bolasepak Korea Utara pada Selasa lalu memohon untuk memindahkan perlawanan ke gelanggang berkecuali berikutan keadaan yang tidak dapat dielakkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.