Kelantan Darul Naim (KDN) abaikan kebajikan pemain? Gaji tertunggak masih belum dibayar?
Seorang pemain KDN meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pengurusan kelab tersebut, susulan mendakwa dirinya masih belum menerima gaji dan mempersoalkan tindakan pasukan tersebut.
Jasmir Mehat tidak berselindung berkongsi perkara sebenar, sambil menafikan khabar angin mengatakan KDN sudah melangsaikan masalah kewangan pasukan.
Dalam masa sama, tonggak berusia 31 tahun itu pelik dengan keputusan pengelola, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersama First Instance Body (FIB), yang meluluskan Lesen Kebangsaan berserta syarat untuk bertanding dalam kancah Liga Super, musim hadapan.
Kata Jasmir menerusi hantaran di Instagramnya: "Bagaimana lesen diberikan sedangkan gaji tertunggak masih belum dibayar?
"Takkan aku kena keluarkan penyata bank untuk buktikan?
"Aku boleh senaraikan berapa bulan gaji sangku.
Tidak terhenti di situ, pemain tengah itu mendedahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut tidak dilunaskan meskipun ada potongan dilakukan.
Jasmir juga hairan KDN menawarkan kontrak kepada pemain baru, sedangkan kebajikan pemain lama tergendala.
Sebelum ini, laporan Stadium Astro mengatakan bahawa KDN di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru, Datuk Mohd Irwan Rizal, meletakkan fokus utama, iaitu memastikan segala tunggakan gaji diselesaikan segera.
Dia turut memaklumkan Kelantan Darul Naim akan melakukan rombakan besar-besaran bagi membentuk skuad yang mampu berdaya saing dalam saingan tempatan.
Ahli korporat berusia 44 tahun itu turut memberi jaminan bahawa dia akan memastikan skuad Pantai Timur itu tidak lagi berdepan masalah yang sama pada masa akan datang.