Skip to main content

Bola Sepak

Bibi Ramjani: Tidak perlu guling sebaliknya namakan calon yang layak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bibi-ramjani_1.jpg
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, memohon Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) supaya tidak meneruskan hajat melancarkan undi tidak percaya, sebaliknya mencalonkan individu terbaik yang mampu menggantikannya sebagai presiden .

Bibi Ramjani berkata langkah mengadakan undi tidak percaya tidak akan menyelesaikan kemelut yang membelenggu persatuan itu ketika ini tetapi semua pihak perlu bekerjasama untuk mengembalikan maruah bola sepak Kelantan.

“Tidak perlu guling saya, sebaliknya minta PBJ bawa calon yang mereka rasa betul-betul sempurna untuk menggantikan saya. Saya akan keluar (letak jawatan).

“Kita mesti nak tengok Kelantan menjadi pasukan yang disegani sebab mandat yang saya dapat daripada PBJ adalah sehingga 2021. 

"Kita semua patut bersatu untuk (perbaiki) imej bola sepak Kelantan,” katanya ketika mengulas desakan terbaru PBJ Tanah Merah yang mahu mengemukakan undi tidak percaya dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memilih presiden baru selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.

Bibi Ramjani juga sudah lama membayangkan mahu mengundurkan diri daripada jawatan presiden, sekali gus memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui badan induk bola sepak Kelantan itu.

“Saya pun sebenarnya dah lama bersedia untuk memberikan jawatan ini kepada orang yang mampu dan layak. Rasanya tidak mampu untuk saya menanggung beban ini seorang diri,” ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video