Skip to main content

Bola Sepak

Bibi Ramjani: Kraljevic ada aura tersendiri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bibi-ramjani.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, berkata faktor memiliki aura tersendiri menyebabkan pihaknya tidak teragak-agak menawarkan kontrak dua tahun kepada bekas pemain era 90-an, Marko Kraljevic, sebagai ketua jurulatih The Red Warriors (TRW).

Selain itu, dengan pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan ketika membawa kelab Balestier Khalsa dalam saingan Liga Singapura, KAFA yakin aura itu mampu diteruskan sambil membawa TRW kembali ke saingan Liga Super.

"KAFA tawarkan kontrak dua tahun kepada Kraljevic untuk melatih Kelantan bagi menggantikan Yusri Che Lah.

"Kami yakin dan percaya pengalaman yang dimilikinya mampu membawa angin perubahan kepada pasukan Kelantan musim ini,'' katanya selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TRW di Dataran Warisan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani berkata penyerang kelahiran Uruguay, Raul Tarragona, menjadi awang import terbaru Kelantan untuk membentuk penggempur berbisa bersama Mustafa Zazai.

"Dia (Tarragona) akan tiba esok (hari ini) dan Alhamdulillah, skuad TRW sudah lengkap dan sedia menghadapi Liga Perdana musim ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video