Tatkala Liga Perdana baru memasuki empat perlawanan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, tampak kecewa dengan tahap disiplin pemain Kelantan ketika ini.
Bibi Ramjani berkata biarpun pasukan Kelantan diuruskan oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd, namun beliau berhak bercakap berkaitan disiplin pemain demi kepentingan KAFA dan pasukan Kelantan.
"Saya terima maklumat tahap disiplin pemain tidak memuaskan, terutama ketika sesi latihan. Ada pemain yang datang lewat dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan.
"Jadi, tidak hairanlah prestasi pasukan agak terumbang-ambing dan KRW perlu mengambil serius isu ini," katanya.
Beliau juga menggesa pemain TRW tidak hanya tahu menuntut gaji supaya dibayar tepat pada waktunya tetapi gagal memberikan prestasi terbaik di atas padang.
"Mereka (pemain) perlu memberikan aksi terbaik kerana tidak lagi dibelenggu masalah tunggakan gaji," tambahnya.
"Sepatutnya mereka bersyukur dapat persatuan yang komited menjaga kebajikan pemain dengan memberikan aksi terbaik di atas padang.
"Rasanya setakat ini balasan pemain tidak setimpal dengan kerja keras yang dilakukan pihak pengurusan."
Untuk rekod, selepas empat perlawanan Kelantan hanya memperoleh empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.