Skip to main content

Bola Sepak

Bibi Ramjani: Fajer kekal kemudi TRW

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

picsart_05-05-09-25-45.jpg
Presiden Persatuan  Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani IIias Khan, menegaskan Fajer Ibrahim masih lagi kekal sebagai pengendali The Red Warriors (TRW) dan akan mengetuai Kelantan memburu kemenangan ketika menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

KAFA menerima baik penjelasan yang diberikan jurulatih kelahiran Syria itu dan masih menaruh  kepercayaan tinggi terhadap kemampuannya membina semula kekuatan TRW menggunakan khidmat pemain muda.

“Isu Fajer ini, kita sudah mencapai keputusan bersama dan dia kekal sebagai ketua jurulatih TRW. Isu peletakan jawatannya tercetus mungkin disebabkan rasa kecewa selepas Kelantan  mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada JDT dan PKNP.

“Namun, bagi saya, biarpun tewas tetapi kita dapat lihat sinar dalam pasukan muda ini. Saya harap, semua peminat dapat berdiri teguh di belakang Fajer untuk bersamanya membina semula kekuatan pasukan,” katanya.

Sementara itu, Bibi Ramjani turut mengharapkan barisan TRW terus memberikan aksi terbaik bagi mencari kemenangan kedua dalam Liga Super, sekali gus keluar daripada zon penyingkiran.

“Kita perlu menang untuk mengutip mata bagi memastikan TRW keluar daripada zon merah dan seterusnya layak untuk aksi Piala Malaysia 2018.

“Buatlah yang terbaik demi lencana di dada," ujarnya.

Untuk rekod, selepas mengharungi lapan perlawanan, Kelantan kini menghuni tangga kedua tercorot dengan mengumpul lima mata hasil satu kemenangan dan dua keputusan seri.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video