Pemain tengah, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri yang lebih dikenali dengan nama Beto kini sah bersama pasukan Penang FC untuk musim baru Liga Super 2024.

A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)



Menurut hantaran rasmi di laman media social Penang FC, pasukan itu secara rasminya memperkenalkan pemain-pemain baru yang telah sah menandatangani kontrak bersama Penang untuk musim 2024 termasuklah satu hantaran video yang mengucapkan selamat datang pada Beto.





A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)




“Welcome our midfield whizz, Ahmad Khairil Anuar (Beto), to the Penang FC family! Get ready for brilliance in jersey number 83! Welcome to the home of Panthers.”

Anak jati kelahiran Perak itu memulakan karier bola sepaknya bersama skuad Piala Belia Perak pada 2012 sebelum sertai skuad Piala Presiden Perak di mana dia berjaya untuk membantu pasukan itu menjadi juara pada tahun 2014.


A post shared by SangBeto (@ahmadbeto)



Tetapi kebelakangan ini, Beto kelihatan sukar mencari rentak sebenar untuk berada dalam prestasi terbaik difahamkan akibat kecederaan dan kecergasan. Selepas bersama PJ City FC pada 2021, Beto merantau ke Sarawak United FC sebelum bersama Kelantan FC pada musim lepas.

Rata-rata peminat bola sepak juga menyambut baik perpindahan ini dan berharap ada sinar buat kareer Beto selepas namanya beberapa tahun hilang dalam radar bola sepak tanah air.