Nama Khairul Helmi Johari cukup dikenali dalam kancah bola sepak tempatan sewaktu berbakti bersama negeri kelahirannya, Kedah, sejak 2007 bersama Piala Belia sebelum diserap menyertai skuad utama.
Pertahanan cukup berpengalaman itu mengharungi pelbagai musim bersama Sang Kenari dan sudah mencipta kejayaan berganda mengumpul trofi pertandingan domestik Malaysia.
Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) menjadi antara koleksi pemain yang mesra dipanggil Keon itu ketika mewakili zaman kegemilangan skuad utara tanah air itu.
Selepas itu, Keon juga pernah bermain untuk Melaka United dan Kelantan sebelum mengumumkan pengunduran daripada liga tertinggi negara.
Pemain berusia 37 tahun itu juga menyarung jersi Harimau Malaya dan memiliki lima penampilan sepanjang karier profesionalnya.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Keon mengimbas kembali momen terbaiknya bersama Kedah ketika menjulang trofi Piala Malaysia bersama Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ketika itu, Kedah cukup digeruni kerana mempunyai lapisan pemain yang cukup hebat.