Best of 2024: Zulhelmi Zainal Azam pilih momen Malaysia beraksi dalam Piala Asia Qatar 2023
Aleqha Zainal
Disember 4, 2024 17:25 MYT
Disember 4, 2024 17:25 MYT
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memilih momen terbaik sepanjang 2024 iaitu penampilan skuad Malaysia menentang Korea Selatan yang berkesudahan 3-3 sama di Piala Asia 2023, Qatar Januari lalu.
“Best momen untuk 2024, semestinya penampilan Malaysia di pentas Qatar 2023. Bukan sahaja Malaysia dah lama tak beraksi tapi kita boleh lihat bagaimana skuad negara bersaing dengan pasukan handalan rantau.”
Dah nama pun reporter bola! ⚽️⚽️⚽️Mestilah kempen Harimau Malaya di Piala Asia jadi pilihan Zulhelmi Zainal Azam untuk Best of 2024 ??? Anda setuju??? ? Kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di https://t.co/vIzW9V2rYe#Bestof2024 pic.twitter.com/GTr5VWayzb
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tambahan, paling tidak boleh lupa Malaysia berhadapan dengan Korea Selatan iaitu seri tiga sama.”
“Jaringan Faisal Halim paling cun dengan mengenakan pemain sebelum menjaringkan gol.”
“Aura dalam stadium itu masih saya rasai sampai sekarang jadi saya pilih penampilan Malaysia di Qatar paling terbaik," katanya.
Kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di stadiumastro.com/bestof2024