Skip to main content

Bola Sepak

Best of 2024: Zulhelmi Zainal Azam pilih momen Malaysia beraksi dalam Piala Asia Qatar 2023

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zulhelmi_1.jpg
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, memilih momen terbaik sepanjang 2024 iaitu penampilan skuad Malaysia menentang Korea Selatan yang berkesudahan 3-3 sama di Piala Asia 2023, Qatar Januari lalu.

“Best momen untuk 2024, semestinya penampilan Malaysia di pentas Qatar 2023. Bukan sahaja Malaysia dah lama tak beraksi tapi kita boleh lihat bagaimana skuad negara bersaing dengan pasukan handalan rantau.” 
 

“Tambahan, paling tidak boleh lupa Malaysia berhadapan dengan Korea Selatan iaitu seri tiga sama.”

“Jaringan Faisal Halim paling cun dengan mengenakan pemain sebelum menjaringkan gol.”

“Aura dalam stadium itu masih saya rasai sampai sekarang jadi saya pilih penampilan Malaysia di Qatar paling terbaik," katanya.

Kongsikan momen sukan terbaik 2024 anda di stadiumastro.com/bestof2024

Advertisement

Must Watch Video