Skip to main content

Bola Sepak

Best of 2024: Fina Nasrom pilih momen Harimau Malaya julang kejuaraan Pestabola Merdeka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fina.jpg
Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, menjadikan momen Harimau Malaya menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka 2024 sebagai momen terbaiknya sepanjang tahun 2024.

Skuad negara dibawah kendalian Pau Marti Vicente menamatkan penantian 11 tahun untuk muncul juara selepas menewaskan Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, September lalu.

"Kejayaan Malaysia dalam saingan Pestabola Merdeka umpama signal terbaik buat Pau Marti ketika ketiadaan Kim Pan-gon yang putuskan untuk tidak bersama skuad kebangsaan.




 

"Pau Marti melalui satu tempoh yang sukar ketika tanggungjawab untuk pastikan legasi yang ditinggalkan Pan-gon diteruskan.

'Hakikatnya dia mempunyai tugasan untuk skuad kebangsaan dengan Piala ASEAN akan menjadi titik tolak kepada keperluan untuk bersama skuad negara mahupun sebaliknya." katanya.


 



kongsikan

Advertisement

Must Watch Video