Skip to main content

Bola Sepak

Besiktas boikot baki aksi timbal balik Piala Turki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

senol-gunes.jpg
Besiktas tidak akan mengambil bahagian untuk menyambung baki perlawanan kedua separuh akhir Piala Turki menentang Fenerbahce minggu depan.

Perlawanan itu ditangguhkan susulan jurulatih Besiktas, Senol Gunes, terkena balingan objek di kepala yang dilontar dari bangku penyokong lawan di Stadion Ulster.

Gunes memerlukan rawatan hospital dan menerima lima jahitan selepas insiden pada minit ke-57 itu sehingga menyebabkan perlawanan itu dihentikan ketika keputusan 0-0 dan 2-2 secara agregat.

Semalam, Persekutuan Bola Sepak Turki mengumumkan sisa permainan akan dihabiskan di gelanggang tertutup pada 3 Mei ini. 

Begitupun, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Besiktas mengumumkan mereka mahu memboikot perlawanan itu.

"Sebagai sebuah kelab yang setiap kali mematuhi permainan yang adil, Besiktas memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam perlawanan pada Khamis, 3 Mei 2018," kata kenyataan itu.

 

Advertisement

Must Watch Video