Skip to main content

Bola Sepak

Berusia 21 tahun, gaji lumayan -- Cerita pemain ini berakhir tinggalkan Cristiano Ronaldo, Al-Nassr

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

duran.jpg
Selepas enam bulan, dia pulang semula ke Eropah. 

Tanggapan terhadap penyerang Columbia, Jhon Duran, sangat mencuri tumpuan apabila ada yang mendakwa bahawa dia lebih mementingkan wang berbanding mencipta karier yang baik. 

Itu cerita pemain berusia 21 tahun yang memilih meninggalkan Aston Villa di saat namanya disebut bakal menjadi bintang terkemuka, tetapi mengecewakan peminat oleh keputusan drastiknya. 

Namun, ia tetap tidak menggugat prestasinya apabila melakukan 18 penampilan bersamaan menjaringkan 12 gol bersama gergasi Liga Pro Saudi, Al-Nassr. 

Cita-citanya untuk bermain bersama idolanya yang merupakan bekas tonggak Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menjadi kenyataan, tetapi tidak bertahan lama.

Kini, Duran terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Arab Saudi dan Ronaldo. Satu tamparan hebat dan karma buat dirinya? 

Ekoran perjanjian terbaharu pemain kebangsaan Portugal itu bersama Al-Nassr yang dianggap tidak masuk akal melihat kandungan kontraknya, Duran difahamkan menjadi mangsa apabila kelab itu harus melepaskan khidmatnya kerana harus mengurangkan bajet perbelanjaan pasukan.

 

Jhon Duran yang mempunyai nilai perpindahan dari Aston Villa ke Al-Nassr yang mahal, juga memperoleh gaji yang tinggi sebelum ini tetap menginginkan pembayaran yang lumayan daripada kelab barunya. 

Fenerbahce di bawah kendalian Jose Mourinho telah bersetuju menandatangani pemain tersebut secara pinjaman menurut laporan wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano. 

Duran bersetuju dengan syarat itu yang telah menawarkan dirinya gaji lebih besar melebihi Al-Nassr.

Jika benar, maka Duran akan menjadi antara pemain dengan bayaran tertinggi di benua.  

Advertisement

Must Watch Video