UCL

Bertemu City sekali lagi umpama 'mimpi ngeri' buat Real Madrid -- Ancelotti

Ammar Hakim 10/02/2025 | 23:51 MYT
Carlo Ancelotti menyifatkan persiapan Real Madrid bagi pertembungan dengan Manchester City dalam saingan Liga Juara-Jara (UCL) umpama 'mimpi ngeri'.
Real bertemu skuad kendalian Pep Guardiola di Stadium Etihad awal pagi Rabu, apabila kedua-dua pasukan bertemu buat kali keempat berturut-turut di peringkat kalah mati.
Bagi Ancelotti, yang menang empat daripada 12 perlawanan bertemu Guardiola sepanjang karier sebagai pengurus, percaya persaingan antara dua kelab itu kini telah menjadi perseteruan terbesar Eropah.
"Rasanya seperti perlawanan moden klasik kerana kami telah bermain menentang satu sama lain dalam pertandingan ini selama bertahun-tahun," kata Ancelotti pada sidang akhbar.
"Saya fikir ia akan menghiburkan dan sepadan seperti biasa. Banyak bergantung pada sikap, kualiti individu, keyakinan dan personaliti.
“Ia adalah tahap yang tinggi sehingga anda perlu mempamerkan aksi terbaik dalam setiap aspek, bukan hanya satu.
"Sesiapa sahaja yang melaluinya berpeluang untuk pergi jauh dalam pertandingan, seperti yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #Real Madrid #UCL
;