Skip to main content

Bola Sepak

Bersiar waktu malam, naik Beam di KL -- Peminat bayarkan untuk bintang Manchester United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

beam.jpg
Tular di media sosial berhubung bintang Manchester United yang keluar bersiar-siar di Kuala Lumpur pada waktu malam, dua hari lalu. 

Bukan setakat Amad Diallo, pemain sensasi, Alejandro Garnacho, dan Ayden Heaven juga mahu merasai suasana pengalaman di tengah Ibu Kota sebelum turun menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), kemudian harinya.

Rakaman yang tular di platform TikTok menunjukkan Amad Diallo mahu menggunakan pengangkutan e-skuter terkenal, Beam, namun menghadapi kesukaran untuk membayar ekoran manual yang ditetapkan. 

Orang ramai yang berdekatan tidak melepaskan peluang untuk bersua dengan pemain kegemaran mereka, sambil membantu mambayar Beam dan membawa pemain-pemain tersebut berjalan-jalan. 

 
 

Advertisement

Must Watch Video