Skip to main content

Bola Sepak

Bernardo Silva buktikan komited di Manchester City

bernardo-silva.jpg
Bernardo Silva komited dengan masa depannya ke Manchester City selepas dia menandatangani kontrak baru dengan kelab itu sehingga 2026.

Silva kembali dikaitkan akan meninggalkan Stadium Etihad pada musim panas lalu dengan Barcelona dilaporkan sudah mengidamkan khidmatnya selama beberapa tahun.

Pemain antarabangsa Portugal itu telah menamatkan spekulasi masa depannya buat masa ini dengan menandatangani perjanjian baharu selepas tempohnya sebelum ini akan tamat pada 2025. 

“Saya mempunyai enam tahun yang luar biasa di Manchester City dan saya gembira untuk melanjutkan tempoh saya di sini,” katanya.

“Saya akan memasuki musim ketujuh di City. Sejak tiba di sini, saya hanya ingat satu musim di mana kami tidak berjaya, jadi untuk berada di sini hingga kini yang sarat dengan trofi, ini bermakna kami mengecapi banyak kemenangan dan saya suka menang. Saya seronok dengan kemenangan.




“Bukan mudah untuk menjadi sebuah pasukan yang sentiasa menang. Ia adalah perasaan yang sangat baik dan saya mahu mengekalkannya.

“Ia merupakan satu impian daripada segi apa yang telah kami capai, prospek yang masih boleh kami capai. Dalam tempoh enam tahun, kami telah memenangi lima gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu Liga Juara-Juara (UCL) dan segala piala. Saya tidak boleh terlalu berterus terang.

“Apa yang kami capai musim lalu adalah sesuatu yang unik dan kami akan cuba merebut peluang itu lagi pada musim ini.

"Kami mendapat tahu bahawa empat berturut-turut tidak pernah berlaku dalam EPL selama ini, jadi kami mahu mencubanya kerana ia sangat sukar."

Advertisement

Must Watch Video