Bekas kapten Pahang, Razman Roslan, memuji usaha pengurusan bekas kelabnya untuk memastikan skuad Tok Gajah tidak hilang dalam peta bola sepak Malaysia.
Ia menerusi permohonan Lesen Kebangsaan yang mendapat kelulusan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) walaupun finalis Piala Malaysia musim lepas itu masih belum pasti beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.
"Jika mereka tidak mahu beraksi lagi musim depan mereka tidak akan hantar dokuman pada MFL, jadi apabila mereka hantar dan lulus bermakna mereka masih mahu beraksi. Kita mengharapkan ada perkara positif," ujarnya.
Razman yang juga bekas pertahanan negara bagaimanapun mengakui kegagalan Perak dan Kedah Darul Aman memperoleh Lesen Kebangsaan sebagai satu kehilangan besar buat arena bola sepak tanah air.
Semalam menyaksikan tiga kelab diberikan Lesen Kebangsaan bersyarat iaitu Kuala Lumpur (KL) City, Kelantan Darul Naim dan PDRM selain perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan bagi memenuhi kriteria selewat-lewatnya pada 31 mei 2025 ini.
"Dengan tiadanya pasukan utama, bakat muda akan terpinggir dia tiada pasukan. Mahu atau tidak Kedah perlu beraksi di Liga A1." ujarnya.