BOLA SEPAK MSIA
Bermain tanpa gaji: Paling lama empat bulan -- Khairul Fahmi Che Mat
Bekas penjaga gawang Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, berkongsikan perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak dalam sebuah podcast 'Sembang Pantai Timur' bersama THR Gegar, baru-baru ini.
Pemain berusia 36 tahun itu optimis suatu hari nanti pasukan Kelantan akan kembali ke era kegemilangannya dengan dia turut memberikan pandangan mengenai kemelut gaji yang sedang hangat di Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini.
"Ketika bersama PKNS masa itu gaji RM1500, hidup di Kuala Lumpur, rasa jugaklah makan mi segera sahaja.
Iklan
"Banyak faktor dan salah satunya keadaan kewangan, siapa individu yang menjaga pasukan dan semuanya bermula dengan pihak pengurusan. Buatlah bagaimana jika pengurusan kucar-kacir tidak akan jadi. Pendapat saya akan pulih (Kelantan).
"Masalah sekarang banyak kita dengar, saya faham faktor pasukan tidak dapat beri. Terpulang kepada pemain. Saya pernah lalui, selalu. Paling lama empat bulan (bermain tanpa gaji)," katanya.
Khairul yang telah beraksi lebih daripada 15 tahun sebagai penjaga gol profesional turut menjelaskan meskipun dia masih komited untuk belajar lebih banyak mengenai bola sepak, dia tidak menolak kemungkinan untuk menceburi bidang kejurulatihan suatu hari nanti.
"Perancangan masa depan untuk jadi jurulatih kami tidak fikir lagi, mungkin akan ambil lesen, kerana tanggungjawab sebagai jurulatih lebih besar daripada pemain.
Antara tiga nama pelapis yang bakal meneruskan legasinya selaku penjaga gol adalah: "Syihan Hazmi, Kalamullah Al-Hafiz, dan Muhammad Haziq." ujarnya.
Must-Watch Video