PIALA MALAYSIA
Beri ruang baiki mutu pengadilan -- Subkhiddin
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh, menegaskan bahawa jabatan pengadil wajar diberi peluang untuk memperbaiki diri di sebalik kritikan terhadap mutu pengadilan perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lalu.
“Berdasarkan beberapa klip video berkaitan perlawanan akhir tersebut, saya berpendapat pihak jabatan pengadil masih dan seharusnya diberi peluang untuk memperkukuh serta memantapkan kefahaman para pengadil.
“Usaha ini amat penting sebelum mereka diberikan kepercayaan untuk mengendalikan perlawanan-perlawanan penting,” kata bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu.
Iklan
Mutu pengadilan yang dipamerkan oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, menerima kritikan hebat daripada komuniti bola sepak tempatan, susulan beberapa keputusan yang dianggap kurang tepat sepanjang aksi final tersebut.
Subkhiddin yang berpengalaman luas dalam bidang pengadilan, juga menggesa agar semua pihak memberikan ruang kepada jabatan pengadil untuk meneliti kelemahan sedia ada dan melaksanakan penambahbaikan demi meningkatkan kualiti pengadilan di peringkat tertinggi.
Kredit: Sinar Harian
Must-Watch Video