UEL

Berhentilah jadi bahan jenaka -- gesa legenda United kepada Onana

Stadium Astro
Ammar Hakim
11/04/2025
02:17 MYT
Sponsor Banner
Berhentilah jadi bahan jenaka -- gesa legenda United kepada Onana
Bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes, mahu penjaga gol, Andre Onana, berhenti membuat kesilapan yang memburukkan lagi namanya.
Skuad kendalian Ruben Amorim berpeluang untuk membawa bekalan selesa bagi aksi suku akhir kedua namun dua kesilapan Onana menyaksikan Lyon masih lagi bernyawa untuk mara ke separuh akhir Liga Europa.
Kesilapan pertama menyaksikan Onana lambat bertindak untuk menafikan sepakan percuma Thiago Almada sebelum membenarkan Rayan Cherki menjaringkan gol penyamaan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.
Sebelum perlawanan bermula, Onana menyatakan United lebih baik berbanding Lyon yang membuatkan bekas pemain United yang kini berkhidmat di Lyon, Nemanja Matic melabel pemain kelahiran Cameroon itu sebagai salah seorang penjaga gol paling teruk ditandatangani United dan persembahannya merealisasikan kata-kata Matic.
Scholes yang bertindak sebagai pengulas perlawanan, berkata, "Dia seharusnya fokus kepada perlawanan kerana apa yang telah dilakukan merupakan kesilapan yang sangat teruk. Dia seorang penjaga gol, menangkap dan menepis bola adalah tugasnya."
Bekas pemain Tottenham Aaron Lennon, yang turut menyaksikan perlawanan tersebut, berpandangan rakan sepasukan Onana sudah pasti berang dengan kesilapannya.
"Anda sudah pasti akan marah [jika anda rakan sepasukan Onana]. Ia merupakan dua kesilapan besar. Dia harus menyelamatkan kedua-duanya pada pendapat saya dan dia telah merugikan United.
"Dia menjadi tajuk utama sebelum perlawanan dan kini dia akan menjadi tajuk utama lagi."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video