Bergson masih mampu jadi peledak berbisa Harimau Malaya


Disember 25, 2024 08:14 MYT

Peledak import berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva diyakini masih mampu memberikan impak kepada skuad negara sekiranya pemain itu dinaturalisasikan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, kredibiliti dan keupayaan Bergson bersama Harimau Selatan sudah terbukti, malah masih mampu berada pada tahap terbaik permainannya walaupun sudah berusia 33 tahun.

Beliau percaya Bergson tidak akan menjadi seperti penyerang naturalisasi terdahulu, Guilherme de Paula yang tidak menyerlah selepas diambil untuk bermain bersama pasukan kebangsaan ketika berusia 34 tahun.

“Mungkin ada yang mempertikaikan sekiranya Bergson dinaturalisasikan berdasarkan umurnya.

Beliau percaya Bergson tidak akan menjadi seperti penyerang naturalisasi terdahulu, Guilherme de Paula yang tidak menyerlah selepas diambil untuk bermain bersama pasukan kebangsaan ketika berusia 34 tahun.

“Mungkin ada yang mempertikaikan sekiranya Bergson dinaturalisasikan berdasarkan umurnya.

“Saya melihat Bergson masih mampu beraksi dengan baik dan meledak banyak gol berdasarkan statistik di JDT. Sudah tentu dia boleh membantu jentera serangan pasukan negara sekiranya dia dinaturalisasikan.

“Kita pun ketika ini kekurangan penyerang dalam skuad kebangsaan, tidak salah untuk Harimau Malaya menggunakan khidmatnya sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun lagi,” katanya kepada Sukan Sinar.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memberikan bayangan kemungkinan Bergson akan dinaturalisasikan sebagai seba-hagian projek revolusi Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Brazil itu juga menyatakan minat dan bersedia menyarung jersi Harimau Malaya sekiranya diperlukan.

Bersama Harimau Selatan, Bergson telah meledak 135 gol sejak menyertai pasukan itu pada 2021.

Menurut Wan Jamak, peminat tidak seharusnya cepat mengkritik sebaRang usaha memperkasakan skuad negara termasuk untuk mengambil Bergson sebagai pemain naturaliasi.

Beliau berkata, latihan di JDT juga berintensiti tinggi dan sudah tentu pemain seperti Bergson sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kita nak melihat Harimau Malaya maju ke hadapan dan sebarang usaha untuk memperkasakan skuad kebangsaan perlu mendapat sokongan semua pihak,” katanya. - Sinar Harian

#bola sepak #Harimau Malaya #Bergson
;