Skip to main content

Bola Sepak

Bergson lega JDT tewaskan TFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

332594310_3024823714480298_2694144451120051178_n.jpg
Penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva lega dengan kemenangan ke atas Terengganu FC (TFC), pada aksi Piala Sumbangsih 2023, biarpun berdepan tentangan sengit daripada skuad Penyu itu.

Menurutnya, tanpa beberapa pemain utama, kesebelasan TFC terutamanya di benteng pertahanan dilihat masih mampu memberikan ‘kesukaran’ buat jentera serangan JDT menghasilkan jaringan.

“Saya akui ia merupakan perlawanan yang agak sukar. Kami bermula dengan baik, tetapi mereka (TFC) juga bertahan dengan baik dan ia mengejutkan kami.

“Namun pada separuh masa kedua, corak permainan kami semakin baik dan akhirnya kami berjaya menewaskan mereka.

“Apa pun, ia masih merupakan perlawanan yang pertama musim ini dan masih banyak perlawanan yang lebih mencabar perlu kami harungi,” katanya sejurus tamat perlawanan pada Jumaat.

Aksi Piala Sumbangsih 2023 menyaksikan JDT menewaskan TFC 2-0 dan Bergson yang juga merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu turut membantu kemenangan skuad Harimau Selatan itu dengan menjaringkan satu gol pada minit ke-57.

Sebelum itu, Bergson turut membantu seorang lagi pemain import, Juan Muniz Gallego menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5.

Mengulas mengenai dirinya yang kini hangat diperkatakan media di Eropah susulan prestasi cemerlangnya membantu JDT musim lalu, Bergson berkata, perkara itu dilihat sebagai sesuatu positif sekali gus menjadikannya lebih bersemangat untuk memberikan aksi yang lebih baik bagi menjamin kejayaan skuad Harimau Selatan itu, musim ini.

kredit: Sinar Harian

Advertisement

Must Watch Video