LIGA SUPER MSIA

Bergson ingatkan PDRM: Bola sepak bukan gelanggang UFC

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
15/04/2023
12:03 MYT
Sponsor Banner
Bergson ingatkan PDRM: Bola sepak bukan gelanggang UFC
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, memberi kata dua kepada PDRM FC apabila pasukannya sekali lagi berentap dengan lawan yang sama, Rabu depan, yang membabitkan Liga Super.
"PDRM perlu bermain bola sepak, bukannya UFC sebab perkara paling indah ialah bola sepak.
"Saya baru kembali bermain selama penuh selama 90 minit selepas sekian lama.
"JDT sentiasa melangkah masuk ke padang untuk menang.
"Sekali lagi kami akan bertembung Rabu depan dan Liga Super amat penting buat JDT.
"Sudah pasti ada banyak lagi aspek yang perlu kami perbaiki," ," katanya sejurus wisel penamat.
Ia sejurus JDT membenam Sang Saka Biru 3-0 dalam pertembungan Piala FA yang dicemari insiden kekasaran dan Bergson turut mendedahkan tindakannya mengorbankan peluang meledak hatrik, malam tadi.
"Bagi saya, tiada apa yang lebih penting selain kelab.
"Andai kelab gembira maka saya juga akan gembira," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video