Bergson gembira bantu JDT juarai Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut

Ammar Hakim
Oktober 2, 2022 18:10 MYT
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, ternyata gembira apabila bukan sahaja berjaya membantu JDT meraih kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut, malah kini mendahului senarai penjaring terbanyak liga dengan 24 gol.
Bergson tidak meletakkan sasaran jumlah gol yang dimahukannya musim ini memandangkan JDT masih mempunyai misi untuk mengekalkan rekod tanpa kalah.
Berbaki empat perlawanan, tonggak kelahiran Brazil itu memberikan jaminan akan memberikan segala-galanya andai diturunkan.
Untuk rekod, Bergson muncul pemenang kasut emas 2021 selepas meledak 30 gol dalam semua pertandingan domestik.
"Ia amat penting untuk menjaringkan gol bagi memastikan kemenangan buat pasukan. Saingan Kasut Emas adalah sekadar bonus dan kami perlu memastikan kekal profesional dan berusaha untuk memastikan kemenangan buat pasukan," katanya.
"Kami akan bersaing dalam Piala Malaysia selepas ini, kami tewas dalam saingan musim lalu dan akan berusaha menampilkan permainan yang terbaik dalam setiap perlawanan sehingga tamat musim."
#liga super #johor darul ta'zim #JDT #Bergson da Silva
;