Skip to main content

Bola Sepak

Bergson Da Silva makan nasi lemak bukan nasi kandar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bds.jpg
Penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Bergson Da Silva, lebih memilih nasi lemak sebagai pilihan utama berbanding nasi kandar.

Dalam satu video yang tular di TikTok, pengguna bernama adibadam_ meluahkan keterujaannya dapat bertemu bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu lalu. 

Dia sempat bertanya juadah makanan yang popular di Malaysia kepada pemain kelahiran Brazil itu. 

"Saya hanya merasai nasi lemak dan tidak pernah memakan nasi kandar," katanya berseloroh. 

Dengan penambahan satu jaringan olehnya tatkala Harimau Selatan menewaskan PDRM 7-0 dalam perlawanan Liga Super semalam, kini bakal penyerang naturalisasi Harimau Malaya itu telah menghimpun 110 gol peribadi sejak ketibaannya pada Mac 2021. 

 
@adibadam_ Bergson tak pernah makan nasi kandar ? @Malaysian Football League @bergson ♬ original sound - AdibAdam


Untuk rekod, Indra Putra Mahayuddin merupakan bekas penjaring terbanyak dengan rekod 106 gol. 

Bergson dijangka terus meledak jaringan memandangkan saingan liga musim ini baru memasuki minggu ketujuh, membuktikan dirinya berada dalam kelas tersendiri. 

Meninjau laman Transfermarkt, Bergson sudah melakukan 153 penampilan bersama JDT merentasi semua kejohanan Liga Malaysia (Liga-M) termasuk Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup.
Nasi Lemak

Senang & Jimat Masa

Sambal nasi lemak yang sedia dimakan, tanpa renyah dan kencah bahan bahan untuk membuat nasi lemak yang sempurna!


Cuba Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video