Skip to main content

Bola Sepak

Berang tewas di final, bekas penyerang Liverpool ludah jurulatih pasukan lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luis-suarez.jpg
Luis Suarez sekali lagi terpalit dalam pergaduhan selepas kekalahan final Piala Liga Inter Miami, dengan kamera menunjukkan dia kelihatan meludah ke arah jurulatih Seattle.

Suarez kembali menjadi tumpuan atas sebab yang salah selepas kekalahan Inter Miami 3-0 kepada Seattle Sounders dalam perlawanan akhir Piala Liga sebentar tadi.

Selepast pengadil meniup wisel penamat di Padang Lumen Seattle, penyerang kelahiran Uruguay berusia 38 tahun itu meluru ke arah Obed Vargas yang berusia 20 tahun, menyebabkan pemain tengah Sounders itu terpinga-pinga. 

Pertembungan itu pantas memuncak hingga mencetus pergaduhan besar-besaran yang melibatkan pemain dan kakitangan dari kedua-dua belah pihak.

Ketika pegawai bergegas untuk memulihkan keadaan, kamera kelihatan memaparkan Suarez meludah ke arah jurulatih Seattle semasa berjalan meninggalkan Vargas.
 

Pengendali Inter Miami, Javier Mascherano, menjelaskan ketika sidang media, "Tiada siapa yang suka aksi sebegini di penghujung perlawanan, tetapi jika ada reaksi, mungkin ada provokasi," katanya.

Jurulatih Seattle, Brian Schmetzer, memberikan ulasan dengan nada yang lebih tenang, memuji pemainnya dan bukannya memikirkan tentang huru-hara. 

"Malangnya ia akan mengambil sedikit perhatian daripada persembahan hebat oleh Seattle Sounders," katanya. 

"Saya rasa kita boleh menganggap itu sebagai pujian bahawa kekecewaan Miami menyebabkan beberapa perkara berlaku di atas padang yang tidak sepatutnya berlaku di atas padang. Saya akan menutupnya kerana itu tidak sepatutnya menjadi cerita."

Insiden yang tidak menyenangkan itu membayangi persembahan kuat Sounders menentang pasukan Miami yang diketuai oleh Lionel Messi.

Reputasinya sebagai antagonis bola sepak berpunca daripada kontroversi masa lalu, termasuk menggigit Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014, insiden gigitan sebelum ini dalam permainan di peringkat kelab, dan penggantungan kerana mendera pihak lawan secara berbaur perkauman.

Advertisement

Must Watch Video