BOLA SEPAK

Berang akibat tewas, Mourinho picit hidung jurulatih Galatasaray

Ammar Hakim 02/04/2025 | 23:40 MYT
Pengurus Fenerbahce Jose Mourinho terlibat dalam pertengkaran aneh dengan pengendali Galatasaray, Okan Buruk, selepas menarik hidung jurulatih lawan berikutan kekalahan tipis dalam aksi Piala Turki.
Fenerbahce mengalami kekalahan 2-1 kepada musuh ketat mereka, di mana tiga kad merah dilayangkan pada masa kecederaan -- untuk pemain Fenerbahce, Mert Hakan Yandas serta pemain Galatasaray, Baris Alper Yilmaz dan Kerem Demirbay.
Selepas wisel penamat, Mourinho dilihat memicit hidung Buruk, sehingga jatuh ke padang sambil memegang mukanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia merupakan insiden kontroversi terbaru yang melibatkan Mourinho musim ini.
Jurulatih Portugal itu, yang berulang kali mengeluh kepada pengadil Turki, digantung empat perlawanan Februari lalu kerana komen yang dibuatnya mengenai pegawai perlawanan selepas pertemuan pasukannya dengan Galatasaray sebelum ini.
Dia juga dituduh oleh Galatasaray membuat kenyataan berbaur perkauman selepas perlawanan itu.
Galatasaray berkata bekas pengurus Real Madrid, Manchester United dan Chelsea itu telah menggunakan 'retorik yang tidak berperikemanusiaan' selepas dia merujuk kepada bangku simpanan lawan 'melompat-lompat seperti monyet'.
Mourinho kemudiannya menyaman kelab atas tuduhan itu.
#bola sepak #Jose Mourinho