Stadium Astro logo
LIGA SUPER MSIA

Berada di hospital punca Quaresma gagal hadir ke Kedah lawan All Star Malaysia

article-author-avatar
Najmi Iman 07/04/2025 | 00:51 MYT
Article ribbon Berada di hospital punca Quaresma gagal hadir ke Kedah lawan All Star Malaysia
Hasrat peminat tempatan untuk melihat pemenang Euro 2016 bersama Cristiano Ronaldo tidak kesampaian apabila Ricardo Quaresma, terpaksa membatalkan jemputan itu ekoran berada di hospital.
Terdahulu, tujuan bintang Portugal itu Tujuan bekas rakan sepasukan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo itu, sebagai memeriahkan perlawanan persahabatan yang diadakan di antara pilihan All Star Kedah menentang pilihan All Star Malaysia, sekali gus merasmikan inisiatif terbaru kelab tersebut iaitu Majlis Pengumuman Duta The Wing.
Perlawanan anjuran Kedah dan Malaysia Museum Football itu turut bakal menampilkan barisan bekas pemain negara dan Sang Kenari yang cukup dikenali satu ketika dahulu.
Namun, skuad utara tanah air itu dalam satu kenyataan memberitahu bahawa mereka menangguhkan program tersebut ke satu tarikh baharu susulan saudara Quaresma yang terlantar di hospital.
Proses pembelian tiket dan jersi edisi khas turut tergendala dan pihak pengurusan sedang mengatasi perkara tersebut selain menunggu tarikh terbaru yang belum dimuktamadkan.
Ricardo turut menyampaikan permohonan maaf kepada semua peminat menerusi satu video ucapan khas, dan menyatakan komitmennya untuk hadir ke Stadium Darulaman pada satu tarikh yang akan ditetapkan semula.
"Dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke acara besar itu ekoran terpaksa menemani saudara saya yang terlantar di hospital.
"Saya berharap dapat bersama kalian pada 22 April.
"Saya ingin bertemu dengan semua peminat selain mahu memahami gaya permainan bola sepak serta budaya di sana," katanya.
#bola sepak #Kedah #Ricardo Quaresma