Skip to main content

Bola Sepak

Benzema terus berkembang sebagai pemimpin -- Ancelotti

benzema.jpg
Karim Benzema semakin matang untuk bertindak sebagai pemimpin di dalam dan di luar padang selepas menjadi inspirasi yang membawa Real Madrid ke final Liga Juara-Juara (UCL), menurut pengurus, Carlo Ancelotti.

Pemain antarabangsa Perancis itu mendahului carta jaringan dengan 15 gol, hanya dua di belakang pemegang rekod sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo, dalam semusim.

Ia termasuk hatrik berturut-turut dalam kemenangan peringkat kalah mati ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea, selain tiga gol dalam kedua-dua perlawanan separuh akhir bertemu Manchester City. 




Benzema menikmati kempen terbaiknya di hadapan gawang dan pasti mengintai untuk menamatkan kempen 2021-22 dengan bergaya apabila Madrid menentang Liverpool dalam perlawanan akhir di Stade de France di Paris, awal pagi esok. 

Ditanya apakah peningkatan yang dilihatnya terhadap Benzema musim ini, Ancelotti berkata: "Ketika ini Dia lebih berpersonaliti dan berkepimpinan, baik di dalam mahupun di luar padang.

"Apa yang tidak berubah adalah kualitinya, ia masih di puncak dan begitu juga dengan sifat rendah dirinya."

Advertisement

Must Watch Video