Benzema ledak hatrik benam Valladolid

Ammar Hakim
April 3, 2023 10:48 MYT
Karim Benzema menjaringkan hatrik dalam separuh masa pertama untuk memberikan inspirasi kemenangan 6-0 Real Madrid ke atas Real Valladolid dalam aksi LaLiga di Santiago Bernabeu semalam.
Peluang mempertahankan gelaran Los Blancos mungkin kelihatan terpadam dengan kelebihan 12 mata Barcelona mendahului di puncak liga, namun aksi cemerlang Benzema membantu mereka untuk terus ketinggalan.
Real mempamerkan permulaan yang agak perlahan namun apabila berjaya memecah kebuntuan menerusi Rodrygo, mereka mula nampak cemerlang dan Benzema berjaya meledak tiga gol berturut-turut dalam tempoh tujuh minit bagi menamatkan aksi separuh masa pertama dengan penuh bergaya.
Skuad kendaian Carlo Ancelotti meneruskan rentak cemerlang dalam separuh masa kedua, Marco Asensio dan Lucas Vazquez turut bertindak selaku penjaring dalam memastikan tiga mata penuh.

1 - Karim Benzema has scored a hat-trick in the first half of a game in all competitions for Real Madrid for the first time in his career. Premiere. pic.twitter.com/w6Gvx9upTB

— OptaJose (@OptaJose) April 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Karim Benzema #Marco Asensio #LaLiga #Real Valladolid #Vinicius Junior #Rodrygo Goes