EPL
Benteng Manchester City makin goyah tanpa kelibat Manuel Akanji
Pep Guardiola mengesahkan Manuel Akanji akan terlepas hingga 10 minggu untuk memperkuatkan Manchester City memandangkan pertahanan tengah itu memerlukan pembedahan kerana kecederaan paha.
Akanji ditimpa kecederaan ketika City tewas 2-3 kepada Real Madrid dalam perlawanan pertama play-off Liga Juara-Juara (UCL), Rabu lalu.
Pemain antarabangsa Switzerland itu telah membuat 20 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan City mengekalkan tiga rekod tanpa bolos ketika dia berada di atas padang.
Iklan
"Dia akan menjalani pembedahan pada hari ini dan dia bakal terpinggir selama lapan hingga 10 minggu," kata pengurus The Cityzens itu.
"Kami hanya mendoakan pemulihan terbaik untuk Manu. Usaha yang dilakukannya musim ini adalah luar biasa.
"Dia dan Nathan Ake telah bermain dalam keadaan sukar, membantu pasukan dalam detik sukar dan bermain di bek kanan.
"Akhirnya badannya berkata, cukuplah."
Must-Watch Video