BOLA SEPAK
Benjamin Mora tidak lagi bersama JDT?
Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah berpisah dengan Benjamin Mora? Itulah khabar angin yang bertiup kencang ketika ini selepas kelibat pengendali itu juga tidak kelihatan dalam dua perlawanan terakhir Harimau Selatan.
Ketiadaan Mora dalam dua perlawanan JDT ketika menang ke atas Penang FC dan Melaka United mencetus pelbagai reaksi, juga spekulasi mengenai kedudukan pengendali berusia 43 tahun itu.
Sepanjang ketiadaan Mora, penolong jurulatih, Mohd Hamzani Omar, mengendalikan pasukan yang menyaksikan JDT menewaskan Penang FC 1-0 dan Melaka United 2-1.
Iklan
Selain khabar angin mengenai kedudukan Mora, juga timbul dakwaan pengendali itu kini sebenarnya berada di Jepun untuk mengintai aksi kelab, Urawa Reds yang akan berdepan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), 19 Ogos ini.
Selaku jurulatih JDT, Mora membawa kelab itu muncul juara Liga Super untuk beberapa musim selain muncul juara Piala Malaysia pada 2019.
Selain itu, Mora turut memahat kejayaan selaku jurulatih apabila membimbing JDT layak ke pusingan 16 terakhir ACL selepas tewaskan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Must-Watch Video