Skip to main content

Bola Sepak

Benfica akur akan hilang Enzo Fernandez kepada Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

enzo-fernandez.jpg
Roger Schmidt mengakui Benfica mungkin tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang perpindahan pemenang Piala Dunia, Enzo Fernandez, selepas pemain itu dilaporkan sedang diburu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Pemain tengah Argentina itu dilaporkan sedang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab London berkenaan menjelang penutup jendela perpindahan tengah malam ini selepas mencuri tumpuan dalam Piala Dunia Qatar bulan lalu.

Ketua jurulatih Benfica, Schmidt, jelas kecewa apabila Chelsea dilihat akan berhasil mendapatkan Fernandez biarpun pada awalnya dilaporkan enggan melaburkan £105 juta (RM551.21 juta) bagi menebus klausa pelepasan pemain itu.

Schmidt, yang menggugurkan Fernandez bagi satu perlawanan, berkata The Blues telah membuatkan pemain itu naik gila dan terlalu menginginkan perpindahan tersebut.

Ini selepas Chelsea semalam dilaporkan akan menebus klausa pelepasan itu, sekali gus meninggalkan Benfica tiada pilihan selain bersedia untuk menyaksikan aset berharga mereka itu berlalu pergi.

Pasukan gergasi Portugal itu sedang menerajui carta Liga Primeira dan akan menentang Club Brugge dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dan Schmidt sedar mereka perlu bersedia seandainya Chelsea melengkapkan perpindahan Fernandez menjelang penutup jendela perpindahan tengah malam ini.

"Saya fikir kami perlu bersedia terhadap segala-galanya dalam hal ini, terutama pada penghujung jendela perpindahan ini dan apabila bukan anda yang dapat menentukannya," kata Schmidt.

"Jadi, kita semua sedar mengenai situasi Enzo, yang terdapat klausa itu dalam kontraknya.

"Ia bermakna, apabila pemain itu mahu dan ada kelab yang bersedia untuk mengeluarkan wang sebanyak itu, anda tidak dapat menghalang mereka.

"Sudah pasti pada ketika ini anda perlu bersedia dan mencari penyelesaian tetapi buat masa ini, dia masih pemain kami, dia masih di sini, jadi belum ada sebarang kesepakatan.

"Kita akan lihat apa yang akan terjadi beberapa hari ini. Kemudian, saya akan lebih gembira apabila jendela perpindahan ditutup dan kami boleh memberikan fokus sepenuhnya terhadap pemain dalam skuad kami dan kami boleh berusaha untuk mendapatkan musim terbaik," katanya.

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Sabtu, 13 Dis
11:00 PM
Chelsea-team-logo Chelsea
Everton-team-logo Everton
11:00 PM
Liverpool-team-logo Liverpool
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Ahad, 14 Dis
01:30 AM
Burnley-team-logo Burnley
Fulham-team-logo Fulham
04:00 AM
Arsenal-team-logo Arsenal
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
10:00 PM
Sunderland-team-logo Sunderland
Newcastle United-team-logo Newcastle United
10:00 PM
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Manchester City-team-logo Manchester City
10:00 PM
West Ham United-team-logo West Ham United
Aston Villa-team-logo Aston Villa
10:00 PM
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Isnin, 15 Dis
12:30 AM
Brentford-team-logo Brentford
Leeds United-team-logo Leeds United
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video