Skip to main content

Bola Sepak

Ben Davies lanjut kontrak dengan Spurs hingga 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bendavies.jpg
Ben Davies melanjutkan kontrak dengan Tottenham yang akan mengekalkannya bersama pasukan itu sehingga 2025.

Pertahanan berusia 29 tahun itu merupakan satu daripada tujuh pembelian yang dilakukan Mauricio Pochettino sewaktu bertindak sebagai pengurus Spurs pada 2014 dan telah melakukan 271 penampilan bersama kelab itu dalam kesemua kejohanan.

Dengan Davies akan melalui musim keenamnya bersama Spurs, ia menjadi satu lagi jendela perpindahan paling sibuk buat kelab London itu, yang turut mendatangkan Richarlison, Yves Bissouma dan Ivan Perisic sebagai sebahagian daripada enam pemain yang ditandatangani mereka menjelang musim baru ini.

Pemain kebangsaan Wales itu mendedahkan bahawa visi dan impian Tottenham di bawah bimbingan Antonio Conte telah membantunya membuat keputusan untuk kekal di kelab itu, terutama menjelang saingan Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.

"Saya gembira untuk menandatangani kontrak baru saya," katanya dalam laman web rasmi kelab itu.

"Selepas kempen musim lalu dan musim panas yang dilalui kelab ini, terdapat lebih keterujaan untuk berada bersama kelab ini.
 
"Saya menikmati bola sepak saya dan apabila ada peluang daripada kelab ini untuk saya melanjutkan kontrak, saya amat gembira untuk melakukannya.

"Saya melalui waktu yang amat menggembirakan di sini, ia benar-benar berasa seperti rumah saya.

"Ia akan menjadi musim yang menarik buat kelab dan negara saya. Ia akan menjadi sedikit aneh untuk menghentikan musim di pertengahan bagi memberikan laluan buat kejohanan itu tetapi saya sudah tidak sabar.

"Ia sudah sekian lama sejak kali terakhir Wales berada di sana dan kami telah memberikan segala-galanya untuk berada di sana, jadi saya perlu menikmatinya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video