LIGA SUPER MSIA
Belum ada sebarang keputusan, Mat Zan Mat Aris mahu cabaran baru
Jurulatih berpengalaman, Mat Zan Mat Aris, belum membuat keputusan untuk kekal bersama Imigresen FC walaupun juara Liga M3 itu tampak tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan.
Ini susulan kelab berkenaan dilapor tidak melakukan sebarang proses penyertaan ke kancah utama Liga Malaysia, biarpun tarikh tutup untuk sudah berakhir.
Ia seperti yang ditetapkan Malaysian Football League (MFL) menerusi pengesahan daripada ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Stuart Ramalingam baru-baru ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiada pilihan lain, difahamkan IFC perlu membuat rayuan kepada unit pelesenan kelab MFL 'First instance body' untuk proses mengemukakan dokumen pelesenan jika masih berhasrat untuk beraksi dalam Liga Super musim depan.
"Saya masih lagi belum membuat keputusan dan mungkin mahu mendapatkan cabaran baru selepas ini. Saya sedia menerima sebarang tawaran untuk mendapatkan khidmat saya," katanya.
Untuk rekod, IFC layak atas tiket juara Liga M3 namun tertakluk kepada kelulusan pelesenan kelab.