Skip to main content

Bola Sepak

Belasungkawa: B. Sathianathan meninggal dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sathianathan.jpg
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun hari ini.

Difahamkan, mendiang meninggal dunia selepas setahun melawan kanser.

Mendiang menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya dari 2007 hingga 2009. Sebelum itu, mendiang turut membimbing skuad B-23 negara dari 2006-2008 dengan kejayaan menjuarai Pesta Bola Merdeka pada 2007 dan menjadi naib juara pada 2008.

Selain itu, mendiang juga pernah membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia pada 2010 selain membimbing ATM dan Felda United menjuarai Liga Perdana, masing-masing pada 2012 dan 2018.

Salam takziah buat keluarga mendiang.
 

Advertisement

Must Watch Video